Kerjasama Kerajaan dan Swasta (PPP) – Cabaran Pengendalian Unsolicated Proposal (USP)

Aerial view of docked boats along the Chukai waterfront in Terengganu, Malaysia.
Image source: Pexels

 

Dalam dasar awam, terdapat pelbagai mekanisma yang dilaksanakan untuk merancakkan ekonomi negara antaranya pendekatan Kerjasama Awam dan Swasta (PPP). PPP telah dilaksanakan di seluruh dunia sebagai salah satu medium untuk merancakkan pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan awam dengan membawa penglibatan pihak sektor swasta. Pendekatan ini telah diguna pakai secara meluas lebih 120 buah negara termasuk Australia, Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom dan Singapura dalam pelbagai sektor seperti kesihatan, pendidikan, pentadbiran, pengangkutan dan pertahanan.PPP merupakan satu perkongsian rasmi diantara kerajaan dan pihak swasta dalam mengurus projek pembangunan infrastruktur secara keseluruhan. Di Malaysia, PPP dilaksanakan melalui dasar Pensyarikatan Malaysia tahun 1981 dengan kerjasama sektor awam dan sektor swasta dan kedua-duanya bertindak dan beroperasi dalam sebuah “Syarikat Malaysia” atau Malaysia Incorporated.

Pendekatan ini diambil oleh kerajaan setelah menghadapi kemelesetan ekonomi yang telah memberi kesan kepada ketidakupayaan ruang fiskal negara dalam melakukan pelaburan pembangunan secara keseluruhan. Sejak daripada situ, kerajaan telah membangunan PPP dengan menyediakan panduan dan tindakan yang strategik iaitu pembangunan dasar penswastaan pada tahun 1983 dan mengukuhkan dasar tersebut dengan Pelan Induk Penswastaan PIP dan menerbitkan garis panduan PPP pada tahun 2009.

PPP bukan sahaja dapat memastikan wujud pelaburan bagi melaksanakan pembangunan infrastruktur awam kepada rakyat tetapi membentuk titik permulaan menaiktaraf kecekapan dalam mengurus projek oleh kerajaan. Selain itu, PPP juga dapat memberi ruang kepada pihak swasta untuk menambah pengalaman mereka dalam mengendalikan projek mega.

Kaedah PPP di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu penswastaan dan inisiatif kewangan awam (PFI). Pada tahun 1983 sehingga 2018, terdapat 456 projek berasaskan model PPP dilaksanakan dengan separuh daripada jumlah tersebut menggunakan model penswastaan, 28% adalah PFI dan 22% merupakan model lain iaitu model off take dan usaha sama[1]. Secara asasnya, projek didalam PPP merupakan cadangan daripada kementerian-kementerian didalam kerajaan. Tender tersebut akan diwar-warkan secara terbuka dan syarikat yang memiliki spesifikasi yang telah ditetapkan boleh memasuki tender tersebut.

Kertas cadangan tersebut akan dinilai diperingkat Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta dan seterusnya akan mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri. Prosedur ini mempunyai satu aliran kerja dan kaedah penilaian yang komprehensif bagi memastikan projek PPP ini dapat dilaksanakan dengan jelas dan berjaya.

Selain itu, keadah PPP ini juga mengambil kira pandangan pihak luar daripada sektor awam seperti pihak swasta. Pihak swasta mempunyai ruang dalam memberi cadangan untuk membentuk satu projek dibawah kendalian kaedah PPP. Ruang tersebut adalah dipanggil unsolicited proposal atau USP. USP adalah salah satu kaedah dalam mencadangkan projek dalam kaedah PPP oleh pihak swasta kepada kerajaan dalam bidang infrastruktur dan perkhidmatan. USP boleh ditakrifkan sebagai satu norma baharu dalam program PPP yang secara tradisional dicadang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan sahaja.

Pemilihan saluran USP dalam pembangunan projek PPP mempunyai manfaat iaitu USP dapat memberi pandangan baharu kepada pihak kerajaan dalam pengutamaan projek yang lebih spesifikasi dengan impak tinggi kepada ekonomi negara. Hal ini demikian kerana, pembentukan kertas cadangan USP adalah berdasarkan perspektif pihak swasta tentang kebolehlaksanaan sesuatu infrastruktur. USP juga dapat membuka ruang dalam menyediakan penyelesaian yang berinovasi dan kreatif didalam membangunkan infrastruktur. Disamping itu, USP juga membentuk satu mekanisma dalam menyelesaikan masalah dan cabaran semasa melaksanakan projek di fasa permulaan.

Walaubagaimanapun, USP juga mempunyai cabaran-cabaran iaitu, kertas cadangan USP tidak meneliti dengan lebih lanjut tentang penyediaan, penilaian, perolehan dan pelaksanaan sesuatu projek. Penelitian tersebut terlepas pandang tentang kapasiti fiskal dalam membentuk cadangan kos dalam membangunkan projek tersebut. Projek cadangan dalam USP juga sukar untuk dilaksanakan kerana cadangan projek didalam USP tidak selari dengan objektif PPP yang telah ditentukan oleh kerajaan. Cabaran paling utama dalam kaedah USP ini adalah USP sering dikaitkan dengan projek yang mempunyai unsur amalan rasuah dan pecah amanah daripada persepsi orang awam.

Oleh itu, cabaran-cabaran didalam USP perlu diuruskan dengan mekanisma yang baik iaitu membentuk satu aliran pengurusan yang khas bagi mengendalikan penyerahan cadangan projek PPP melalui kaedah USP. Pembentukan mekanisma ini akan mengandungi tiga bahagian utama iaitu proses mengenal pasti dan menapis projek melalui USP, penghasilan nilai dan impak projek didalam cadangan USP, dan terakhir adalah menyemak kontrak projek cadangan USP dalam perspektif kos mengikut keadaan pasaran terkini dan melindungi kehendak awam termasuk sumber kewangan yang mampan.

Pembentukan mekanisma dalam mengurus penyerahan cadangan melalui USP memerlukan satu parameter dengan definisi yang jelas. Mengikut Worldbank[2], parameter tersebut adalah pihak kerajaan yang menetapkan dan mendefinisikan konsep projek yang dibenarkan dalam mencadangkan mengikut saluran USP daripada pihak swasta, dan pihak kerajaan juga boleh menentukan secara dasar infrastruktur yang penting dan diberi keutamaan yang dibenarkan dalam mencadangkan mengikut saluran USP daripada pihak swasta. Penetapan ini penting bagi memastikan proses penerimaan and penilaian USP dapat dibentuk dengan cekap dan efektif.

Kesimpulannya, nilai yang ada didalam kertas cadangan USP mempunyai potensi yang tinggi kerana penyiapan kertas cadangan tersebut adalah berdasarkan pengalaman dan perspektif mereka yang sudah berpengalaman didalam industri tersebut. Meskipun, pihak kerajaan perlu ada satu mekanisma dalam menerima USP bagi memastikan pengurusan penyerahan kertas cadangan USP menerapkan elemen yang jelas dan integriti.


Strat369 Consulting Sdn Bhd is a Consulting company in the field of Strategy and Economics. Established in 2016 and registered with the Ministry of Finance (MOF), we have expertise in conducting studies covering 3 key areas, namely Strategy & Economy, Public-Private Partnership and Capital Projects & Infrastructure. We also have experience in the poultry sector covering the financial aspects. We have been conducting a project to identify players that are capable of producing 150,000-200,000 broilers per day and integrating into the value chain. Additionally, we have prior experience in conducting a project to import poultry into Malaysia while adhering to Malaysia Halal Certification Guideline.

Rants and Points of View (POVs)
by Amirul Hamza, Senior Analyst
info@strat369.com.my

Share on

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top