Kompleksiti Pembangunan Polisi Awam di Malaysia
Pembangunan tindakan yang strategik dan efektif memerlukan jangka masa sederhana dan panjang bagi membentuk satu prosedur yang komprehensif bagi mencapai kehendak objektif dan hasil yang baik. Hal ini demikian kerana, transformasi polisi perlu mendapat pandangan daripada pelbagai pemegang taruh bagi memastikan keberkesanan bagi melaksanakan perubahan polisi tersebut.
Oleh itu, kepimpinan dan pembuat dasar kini memerlukan satu ruang yang komprehensif dalam usaha untuk transformasi polisi awam sedia ada kepada transformasi yang progresif dan efektif. Kehadiran dan penyertaan penjawat awam dalam usaha ini amat penting kerana mereka sudah fasih dengan cabaran-cabaran tersebut dan mampu membentuk satu tindakan polisi awam yang strategik dan boleh dilaksanakan dengan sumber yang sedia ada. Pihak Prinsipal-prinsipal daripada STRAT369 sudah berpengalaman lebih 18 tahun sebagai perunding profesional didalam pembangunan dan pembentukan polisi awam. Kami memahami tentang cabaran dan kompleksiti perubahan didalam polisi awam dan sebarang idea dan cadangan yang diutarakan perlu diperhalusi dengan mekanisma dan kerangka yang praktikal dan komprehensif.
Sebagai contoh, pihak kami berpengalaman dalam melakukan kajian secara konsortium tentang salah satu program subsidi di Malaysia. Kami mendapati bahawa pelaksanaan subsidi bersasar mempunyai cabaran yang besar terutama dalam mengenal pasti golongan sasaran dengan tepat dan saluran yang praktikal bagi mengagihkan subsidi itu kepada golongan disasar terutama kawasan pendalaman. Oleh itu, galakkan dan cadangan daripada mereka kepada kepimpinan sekarang tentang subsidi bersasar tidak mudah untuk direalisasikan. Transformasi program polisi awam memerlukan satu gerak kerja yang kolektif yang disertai oleh pelbagai pihak. Tindakan ini akan dikemudikan oleh golongan yang sudah berpengalaman dalam polisi awam dengan akses data yang baik dan memakan jangka masa yang sederhana dan panjang.
Justeru itu, golongan professional dalam perlbagai bidang dan badan pemikir mestilah bersabar dan memberi sedikit masa kepada Perdana Menteri dan ahli Kabinet untuk pembangunan polisi. Perdana Menteri dan ahli Kabinet bersama pegawai kanan kerajaan yang mempunyai keupayaan dan pengetahun yang mendalam untuk mengemudi pembangunan polisi awam yang bersifat kompleksiti bagi memastikan keberhasilan yang positif kepada negara. Sebaiknya, kita perlu memberi ruang kepada Perdana Menteri dan ahli Kabinet untuk mengatur strategi sebagai contoh melihat prestasi mereka dalam masa 100 hari akan datang untuk kita menilai dan memberi pandangan yang bernas.
STRAT369 informs the reader that the views, thoughts, and opinions expressed in the text belong solely to the author(s) and not necessarily to the author’s employer, organization, committee, political affiliation, or other group or individual.
STRAT369 services offerings based on this article – Regulatory and Public Policy, Public-Private Partnership and Infrastructure
Footnote:
[1] Diambil dan dirujuk di laman sesawang https://worldcompetitiveness.imd.org/countryprofile/MY/wcy